Wednesday, November 06, 2013





Memahami keperluan kasih sayang utama kita:

Kalau lihat pada gambar yang aku share tu, ada dua bentuk keperluan emosi.satu bahagian untuk perempuan dan satu bahagian lagi untuk lelaki. Percaturan Allah dalam kehidupan rumah tangga ni dah sempurna dah,cuma lagi kita sebagai manusia lupa akan hakikat proses lengkap melengkapi.

sebenarnya kita sememangnya memerlukan kesemua 12 jenis kasih sayang yang terdapat dalam gambar tu. Apabila kita mengakui yang mana perempuan memerlukan 6 jenis kasih sayang di atas tidak bermaksud lelaki tidak memerlukan emosi-emosi ini juga, lelaki juga perlukan PERHATIAN,PEMAHAMAN, BELAIAN,PERASAAN MEREKA BETUL,dan DIBERI KEYAKINAN. Apa yang dimaksudkan dengan keperluan kasih sayang utama ini adalah enam perkara yang perlu dipenuhi dahulu sebelum seorang perempuan atau pun lelaki dapat menerima dan menghargai kasih sayang yang lain..

kita terlalu mudah lupa akan hakikat ini dan memberikan jenis kasih sayang yang kita perlukan dan bukannya apa yang pasangan kita perlukan. yang berbeza ini adalah yang melengkapi dan berkaitan. contohnya,
apabila suami memberi perhatian dan pemahaman kepada isterinya, si isteri secara automatik akan membalas dengan kepercayaan dan penerimaan yang diperlukan suaminya. janganlah pulak suami dah bersungguh-sungguh memberi perhatian, si isteri pula wat tak endah, hilang konsep win to win or barter.

12 kasih sayang secara praktikal 


  1. Perempuan mahukan perhatian dan lelaki mahukan kepercayaan
  2. perempuan mahukan pemahaman dan lelaki mahukan penerimaan
  3. perempuan mahu dihormati dan lelaki mahu dihargai
  4. perempuan mahukan belaikan dan lelaki mahu dikagumi
  5. perepuan perlu berasa perasaan meraka betul, dan lelaki perlu berasa tindakan mereka betul
  6. perempuan perlu diyakinkan dan lelaki perlu digalakan,
keenam-enam konsep ini jika pasangan suami isteri mampu terapkan,insyaAllah, komunikasi, hubungan dan juga kehidupan rumah tangga kearah yang baik..insyaAllah..wallahua'lam

0 comments :

Post a Comment